Teknik Tawau Rugby Team (TTRT) merupakan sebuah kelab sukan dan permainan yang wujud di SM Teknik Tawau sejak bermulanya era pimpinan mantan pengetua SM Teknik Tawau iaitu Datuk Mary Yap Kain Ching. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, TTRT telah banyak menyertai pertandingan bagi tujuan memberi pendedahan kepada para pelajar menimba sebanyak mungkin pengalaman bermain dalam pelbagai kategori bagi memantapkan lagi pasukan untuk meraih pelbagai kejayaan. Antara kejohanan yang biasa disertai adalah seperti Kejohanan Ragbi Peringkat Sekolah2 Daerah Tawau, IJM Sandakan OPEN, Kejohanan Antara Teknik (KAT), Rugby 10s UMS invitational dan Touch Rugby 7s. Sememangnya kejohanan2 seperti ini amat menagih komitmen dan kerjasama pelbagai pihak terutamanya pengurus dan Jurulatih2 yang sentiasa bekerja keras memerah tenaga dan idea bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap dan disegani. Syabas dan terima kasih diucapkan.